Sonic the Hedgehog (permainan video 8-bit)

Sonic the Hedgehog ialah permainan video tahun 1991 dan versi 8-bit Sonic the Hedgehog. Permainan ini dilancarkan bagi konsol Game Gear dan Master System dan diciptakan oleh Ancient, sebuah studio yang diketuai oleh komposer Yuzo Koshiro untuk sebuah projek pengembangan permainan video dan Sega melancarkannya untuk mempromosikan Game Gear. Sonic versi 8-bit sama dengan versi Sega Genesisnya, tetapi dengan prestasi yang lebih sedikit. Permainan ini dilancarkan pada 28 Disember 1991 untuk Game Gear dan kemudian juga dilancarkan untuk Master System.